Posts

Tauliah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya kenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya Munawarrah. Boleh panggil saya "Muna".  Saya merupakan graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia tahun 2017. Saya mempunyai minat yang tinggi dalam bidang guaman Syariah. Selepas habis belajar, saya telah berusaha mengambil lesen guaman syariah bagi Wilayah Persekutuan pada tahun 2018. Dengan pencapaian yang saya terima, saya berpegang pada prinsip keadilan dan tanggungjawab dalam setiap tugasan saya. Seperti yang diketahui, tugasan seorang peguam ini adalah untuk membantu mahkamah agar dapat menghukum dengan adil, tepat dan berkesan . Peguam juga bertindak sebagai wakil anak guamannya di dalam suatu pertikaian . Semoga dengan ilmu yang dimiliki, saya berharap dapat membantu masyarakat yang mempunyai masalah berkaitan keluarga Islam dileraikan dengan adil dan saksama. Munawarrah [22/10/2024]